Bacaan IPU Di Tempat Ini Lebih Dari 2000 : Penduduk di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Tengah, kini mungkin tiada mempunyai ruang untuk bernafas dengan lega kerana mereka berada dalam keadaan sangat berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu kini melebihi 2,000.
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu meningkat secara mendadak dari bacaan IPU baik kepada 2,000 pada pukul 10 pagi tadi dan bacaan itu terus meningkat sehingga sekarang.
Kualiti udara di Palangkaraya sentiasa berada dalam lingkungan berbahaya sejak beberapa hari lepas.
Palangkaraya mengalami darurat jerebu sejak dua minggu lepas dan keadaan itu telah melumpuhkan semua aktiviti harian masyarakat dan semua sekolah ditutup sejak Isnin lepas.
Jerebu di kawasan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan keadaan jerebu menjadi tidak menentu walaupun usaha-usaha untuk memadam kebakaran hutan masih berterusan.
Sementara itu di Jambi, bacaan IPU masih ditahap berbahaya walaupun telah menurun dari 800 pada pagi tadi kepada 400 tengah hari ini.-- Bernama
sumber
http://ift.tt/1j89PdB

from KeZooM http://ift.tt/1M9sr3l
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself