Halloween party ideas 2015

6 Kali Lori Bauksit Kena Bakar : Penduduk daerah Kuantan kini semakin berani bertindak sendiri dengan membakar lori bauksit kerana kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal menangani masalah berkenaan.

6 Kali Lori Bauksit Kena Bakar

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, melihat trend kemarahan itu, kerajaan negeri digesa segera tangani masalah berkenaan sebelum tercetusnya masalah lebih rumit.

“Kerajaan tidak boleh melengah-lengahkan lagi perkara ini dan saya bimbang kejadian sama terus berulang memandangkan ini kali keenam kejadian lori terbakar berlaku.

"Jadi dalam hal ini, kerajaan atau pihak berkenaan perlu membuat sesuatu agar masyarakat tidak bertindak sendiri kerana ia boleh mengundang sesuatu yang lebih teruk lagi berlaku pada masa akan datang,” katanya semalam.

Menurutnya, kebangkitan masyarakat di negeri ini dapat dilihat selepas kejadian maut membabitkan seorang guru akibat ditimba tayar lori bauksit yang tercabut dan terpelanting kelmarin.

“Selepas tragedi itu, masyarakat mula melihat kegagalan pihak berkuasa untuk menangani dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung masalah tersebut.

“Alasan ini menyebabkan masyarakat nekad untuk mengambil tindakan sendiri dan ini akan mengundang pelbagai kejadian tidak diingini,” katanya.

Dalam pada itu, Andansura menyuarakan kekesalan kerana perkara ini berulang kali dibangkitkan dalam sidang Dun, namun kerajaan negeri tidak bertindak untuk memperbetulkan keadaan ini.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan memberhentikan semua aktiviti perlombongan bauksit.

“Kita minta agar kerajaan dengar suara rakyat demi kesejahteraan semua penduduk di daerah ini,” katanya.

sumber
http://ift.tt/1Ju2qeK


from KeZooM http://ift.tt/1OmULpX
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.