Halloween party ideas 2015

Bukan Kali Pertama ~ Hang Nadim | “Bukan sekali, tetapi sudah tiga kali berita palsu ayah kononnya meninggal dunia tersebar di Internet,” kata Putera Hang Nadim, 24, anak bongsu seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, yang kesal dan kecewa dengan penyebaran berita palsu mendakwa pelakon dan pengarah terkenal itu meninggal dunia awal pagi semalam.

Bukan Kali Pertama ~ Hang Nadim

Menurut Hang Nadim, mereka sekeluarga kecewa dan terkilan dengan sikap individu yang sanggup menyebarkan berita palsu itu tanpa mengetahui keadaan sebenar pelakon tersohor itu.

Hang Nadim berkata, keadaan kesihatan bapanya baik walaupun ingatannya semakin merosot akibat menghidap Alzheimer sejak empat tahun lalu.

“Saya terkejut kerana sejak awal pagi tadi (semalam) dihubungi ramai orang bertanyakan perkara ini. Ia tidak benar sama sekali dan jelas direka-reka.

“Saya kurang pasti motif pihak berbuat demikian. Ia untuk kepentingan sendiri, tetapi kesannya besar kepada masyarakat,” katanya.

Jins yang menghidap Alzheimer sejak empat tahun lalu kini hanya berehat di rumahnya di Hulu Klang.

Nadim berkata, penyebaran berita palsu ini turut membuatkan ibunya Puan Sri Halijah Abdullah sedih dan tertekan.

Menurutnya, mereka sekeluarga baru pulang bercuti dari Korea Selatan dua minggu lalu sebelum terus ke kampung halaman ibunya di Pahang.

“Saya minta pengguna Internet bijak membuat pertimbangan sebelum berkongsi cerita sebegini.

“Jangan percaya khabar angin tersebar melainkan berita keluar daripada mulut kami sendiri,” katanya.

sumber
http://ift.tt/1Nsmi5O


from KeZooM http://ift.tt/1IXwRiz
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.