Halloween party ideas 2015

Ugut Peniaga Telefon Kota Raya, Lelaki Di Penjara 4 Hari  : Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM1,800 ke atas seorang penjaga tempat letak kenderaan selepas mengaku bersalah mengugut lima jurujual telefon bimbit di plaza berkenaan tiga hari lalu.


Lelaki itu didakwa mengugut untuk memecahkan kedai tempat kelima-lima mangsa bekerja di tingkat bawah kompleks itu di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur pada jam 5 petang, 20 Disember lalu.

Majistret Saifulakmal Said turut memerintahkan Khairuddin Arbi @ Omar, 38, dipenjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman Majistret Saifulakmal menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan di tempat awam berkenaan.

Tertuduh yang memakai baju T berwarna merah kelihatan tenang apabila didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes pada Ahad lepas, polis telah menerima panggilan telefon memaklumkan ada berlaku pergaduhan berkaitan penjualan telefon di plaza berkenaan.

Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan tertuduh dan siasatan mendapati tertuduh telah mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan dan ancaman kepada mangsa.

Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah hanya menjatuhkan hukuman berbentuk denda dengan alasan tertuduh yang masih bujang dan mempunyai penyakit gaut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau selain telah insaf dengan perbuatannya.

"Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh, mohon mahkamah memberi peluang kedua. Tertuduh berjanji tidak akan mengulanginya," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam dan kesan emosi yang dialami kesemua mangsa.

sumber
http://ift.tt/1Zpob8M


from KeZooM http://ift.tt/1SbFSXm
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.