Halloween party ideas 2015

Kota Raya Kena Gegar, Duit Pakcik Hanif Berjaya Dipulangkan : Susulan kes Pakcik Hanif ditipu oleh jurujual telefon bimbit di Kota Raya semalam, tampil seorang lelaki menghulurkan bantuan mendapatkan semula wangnya semalam.

Kota Raya Kena Gegar, Duit Pakcik Hanif Berjaya Dipulangkan

"Syukur, kes Pakcik Hanif akhirnya selesai. Penipu itu telah mengembalikan duit Pakcik Hanif dengan bayaran penuh pada jam 7 petang semalam," kata Roslan Hj Ismail di laman Facebooknya.

Menurut Roslan, beliau sudah cuba menghubungi jurujual terbabit dari jam 4 pagi semalam dan hanya dapat bercakap dengan lelaki itu pada jam 9.30 pagi.

"Dari jam 4 pagi saya call lelaki itu hinggalah dapat bercakap dengan dia pada jam 9.30 pagi. Saya dapat hubungi Pakcik Hanif pada jam 6.30 pagi. Setelah mendapat pengesahan cerita sebenar, baru saya tekan penipu itu.

Kota Raya Kena Gegar, Duit Pakcik Hanif Berjaya Dipulangkan

"Pada mulanya penipu itu agak langsi bercakap dalam telefon. Setelah ditekan, barulah dia bersetuju untuk memulangkan lebihan bayaran sebanyak RM800. Namun saya menolak dengan alasan saya sudah tidak berminat untuk meneruskan urusniaga dengan penipu.

"Jadi, sama ada dia menerima tawaran saya atau menerima apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Tawaran saya ialah, dia ambil semula telefon itu dan pulangkan kembali wang dengan jumlah penuh tanpa kurang satu sen pun.

"Persetujuan awal kami ialah, berjumpa pada hari Sabtu kelak. Tetapi pada jam 6.30 petang tadi (semalam), kumpulan kami telah berjumpa dengan Pakcik Hanif dan terus pergi ke Kota Raya.

Pembayaran penuh telah dibuat dan kami memberikan amaran keras kepada penipu terbabit.

Kota Raya Kena Gegar, Duit Pakcik Hanif Berjaya Dipulangkan

 "Kami tidak boleh lebih sudu dari kuah. Maksudnya Pakcik Hanif tidak mahu berlaku sebarang kekecohan dan meminta perkara itu diselesaikan secara baik. Kami cuba selesaikan mengikut apa yang termampu. Apa-apa pun bersyukurlah Pakcik Hanif mendapat kembali wangnya dan moga menjadi pengajaran kepada semua," katanya.

Justeru itu, Roslan menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai masalah yang sama di tempat yang sama bolehlah menghubunginya di talian 014-3334444. Beliau akan cuba sedaya membantu mengikut kemampuan.



from KeZooM http://ift.tt/1mbSqBr
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.