Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sesetengah pihak yang sepatutnya mencari penyelesaian bagi rakyat di kala kos sara hidup tinggi dan bukan membuat cadangan membebankan lagi rakyat.
Tanpa menamakan sesiapa, Asri berkata, untuk menjadi menteri, seseorang individu itu perlulah bijak dan tangkas.
"Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.
"Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan istimewa untuknya," kata Asri dalam laman Facebook rasmi DrMaza.com hari ini.
Sebelum ini, seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berpendapat, rakyat Malaysia melakukan 2 pekerjaan sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.
Portal Astro Awani memetik Ahmad sebagai berkata, pendekatan 2 pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.
Selepas cadangan menambah pendapatan dikritik hebat pengguna media sosial, ahli Parlimen Pontian itu mempertahankan kenyataannya dan berkata, beliau sendiri melakukan 3 kerja dalam satu masa.
“Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno.
“Ramai dah di Malaysia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” katanya melalui akaun Twitter @ahmadmaslan hari ini lapor The Malaysian Insider
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1YIBGU6
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself