Yatt Hamzah Kemalangan, Trauma Kepala Terhantuk Stereng | Terasa bagai mati hidup semula. Itu yang dirasai pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah, 36, selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 94.5 Lebuhraya Karak, petang semalam.
Dalam kejadian 6.50 petang itu, kereta jenis Kia Optima dinaiki Yatt bersama adik ipar dan seorang pembantu peribadinya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan selepas satu tayarnya pecah.
Ketika kejadian mereka yang dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lumpur dan hanya cedera ringan.
Yatt ketika dihubungi berkata, selepas kemalangan itu dia tidak tidur lena dan masih teringat kejadian yang berlaku.
"Syukur saya dan yang lain selamat. Ketika kemalangan kepala saya terhentak sedikit di stereng. Pulang ke rumah saya memang tidak tidur lena dan rasa tidak percaya bahawa saya masih hidup," katanya.
Menceritakan detik cemas itu, Yatt yang memandu kereta berkata, ketika memandu dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.
"Sejurus selepas itu, kereta berpusing sebanyak tiga kali dan terus merempuh pembahagi jalan," katanya.
Yatt berkata, akibat kejadian itu keretanya rosak teruk.
"Memang sedih kerana inilah kereta yang saya gunakan setiap hari untuk mencari rezeki," katanya.
sumber
http://ift.tt/22FaPKz
from KeZooM http://ift.tt/1MKNlXM
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself