Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Ketua pegawai eksekutif (CEO) bank Switzerland BSI Group Stefano Coduri meletakkan jawatan serta-merta, susulan arahan penutupan cawangannya di Singapura oleh pihak berkuasa kewangan republik itu.

Bank itu berkata ia akan bekerjasama penuh dengan siasatan Singapura dan Switzerland, menurut portal kewangan Bloomberg.

Coduri mengambil langkah itu selepas Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan dengan 1MDB.

Mengikut Kanun Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil langkah-langkah munasabah untuk mengelakkan pihak ketiga melakukan kesalahan-kesalahan, terutamanya dalam pengubahan wang haram atau kesalahan rasuah tertentu.

Bagaimanapun, OAG menegaskan bahawa tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah terpakai.

Pihak berkuasa Switzerland dalam sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB percaya sekurang-kurangnya RM4 bilion daripada dana negara milik Malaysia itu telah disalahgunakan.

1MDB dan syarikat sekutunya juga sedang disiasat di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, Luxembourg, Emeriah Arab Bersatu, Singapura, Australia dan Hong Kong lapor Malaysiakini





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1XQDBDU

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.