Halloween party ideas 2015

Isu Paten, Iphone 6 Dihenti Jualan DiChina : Mahkamah China mengarahkan Apple untuk mengantung penjualan iPhone 6 dan 6 Plus berikutan halangan undang-undang yang dikemukakan sebuah syarikat di Shenzen berhubung paten.

Isu Paten, Iphone 6 Dihenti Jualan DiChina

Menurut Wall Street Journal, sebuah tribunal harta intelek berkata, iPhone melanggar paten reka bentuk untuk model 100C yang dihasilkan Shenzhen Baili.

"Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus mempunyai perbezaan kecil dari 100C Baili.

"Perbezaan adalah begitu kecil dan purata pelanggan gagal mengesan perbezaan ini. Oleh itu kes ini diklafikasikan dalam kategori perlindungan hak paten," kata penguasa Pejabat Harta Intelek Beijing.

Arahan ini dikeluarkan pada bulan Mei, namun Apple menerima rayuan penagguhan yang membenarkan jualan diteruskan.

Media China hanya melaporkan mengenai isu ini awal minggu ini.

Untuk sebab yang pelik, pengantungan jualan bagaimanapun tidak melibatkan iPhone 6S atau Iphone 6sPlus yang mempunyai reka bentuk yang sama dengan model yang dihentikan jualan.

Apple mengeluarkan kenyataan berkata, mereka merancang untuk terus menjual model berkenaan sementara merayu untuk keputusan itu.

:Model iPhone 6 dan iPhone 6 Plus serta 6s iPhone, iPhone 6s Plus dan iPhone SE masih boleh didapati untuk julana di China.

"Kami merayu peritah pentadbiran dari tribunal patern setempat di Beijing bulan lalu dan keputusannya masih ditangguh oleh Mahkamah IP Beijing," kata Apple dalam satu kenyataan.

Keputusan terbaharu adalah siri rintangan terbaharu bagi gergasi teknologi yang berpangkalan di Cupertino itu.

Awal bulan lalu, Apple gagal dalam halangan undang-undang terhadap sebuah syarikat China yang menjual barangan kulit berjenama IPHONE.

sumber
http://ift.tt/201cLYo


from KeZooM http://ift.tt/1XyEK3P
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.