Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berkata, beliau percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah diberi "nasihat yang salah" mengenai 1MDB, yang membawa kepada saman sivil pelucuthakan difailkan.

<!--more->"Terdapat banyak laporan dan kenyataan menyindir dalam media sosial tentang siapakah 'Malaysian Official 1' (dinamakan dalam dokumen mahkamah Amerika). Saya percaya jawapannya adalah jelas.

"Saya percaya niat Najib adalah baik, tetapi entah bagaimana dimanipulasi oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan diri.

"Mungkin PM juga telah diberi nasihat yang salah," kata Yong dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata saman sivil itu untuk mendapatkan semula lebih AS$1 bilion aset - yang didakwa dalam saman sivil itu, dibeli dengan dana yang digelapkan dari 1MDB - "mesti mempunyai asas dan bukti yang kukuh".

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya bagi perdana menteri untuk menjelaskan secara terbuka, siapa yang berbuat demikian kepadanya - sama ada ahli keluarganya atau rakan-rakan baiknya.

Saman sivil itu difail Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa diperolehi melalui penyalahgunaan dana dari 1MDB.

Saman itu menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai 'Jho Low', dan pegawai kerajaan Abu Dhabi - Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Saman itu juga kerap merujuk kepada 'Malaysian Official 1' yang identitinya menjadi topik hangat sejak berita itu disiarkan ~ Malaysiakini







from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2a30Ghf

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.