Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 4.30 petang semalam.

"Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Poca selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas.

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu lapor Sinar

Sementara itu AstroAwani pula melaporkan..

Sanjeevan, 32, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 4.30 petang Ahad mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) berikutan laporan polis terbaru terhadap beliau.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik berkata pihaknya akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.

Sanjeevan sebelum ini ditahan reman beberapa kali mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah kerana disyaki melakukan ugutan jenayah dan pemerasan terhadap pengendali judi ekor tanpa lesen.

Menurut peguamnya R. Prakash, sejak ditahan 22 Jun lalu, terdapat tujuh laporan polis dibuat terhadap Sanjeevan.





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/29yhpuF

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.