Kedai Makan Santau, Peniaga Mohon Henti Sebar Fitnah | “Itu Fitnah! Saya harap penyebar fitnah itu tampil ke hadapan memohon maaf kepada peniaga di sana,” demikian kata salah seorang peniaga berhubung dakwaan di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp kononnya kedai makan di Parit Panjang, Baling, dicemari sihir santau.
Peniaga, Zarina Md Amin, 46, berkata, dia kecewa dengan penyebaran fitnah di media sosial dengan dakwaan kedai makan di kawasan berkenaan tidak selamat dikunjungi.
Menurutnya, kesan viral itu benar-benar menjejaskan perniagaannya.
“Bila keluar viral tidak benar itu di media sosial, perniagaan saya juga terjejas.
“Pelanggan seperti takut untuk singgah makan dan minum di kedai saya,” katanya, semalam.
Difahamkan, dakwaan santau membabitkan kedai makan sekitar Parit Panjang mula diviralkan di Facebook, sejak dua minggu lalu.
Isi kandungan viral itu turut mendakwa seramai 40 orang sedang mempelajari ilmu sihir berkenaan, selain mengingatkan masyarakat agar tidak makan dan minum di kawasan berkenaan kerana dikhuatiri menjadi mangsa.
Seorang lagi peniaga, Zainab Yahya, 48, berkata, individu bertanggungjawab perlu segera menghentikan penyebaran fitnah berkenaan.
Menurutnya, kedai makan di Parit Panjang selamat kepada pelanggan.
“Di sini kawasan pengajian dan semua penduduk di sini adalah Muslim, kami pun harapkan kedai makan untuk tempat cari rezeki.
“Berhentilah sebarkan fitnah, kita sama-sama Islam, tidak sepatutnya fitnah itu dibuat. Ingatlah fitnah itu tidak selamat untuk kehidupan seseorang,” katanya.
Tambahnya, semua masyarakat termasuk, alim ulama di kawasan berkenaan diminta mendoakan kesejahteraan semua peniaga.
Sementara itu, bagi Azmi Ishak, 48, berkata, santau pernah berlaku di kawasan berkenaan tetapi ianya sudah 20 tahun berlalu.
“Kawasan di sini selamat, malah pelajar dan orang masjid sendiri datang membeli di kawasan kedai makan di sini,” katanya.
sumber
http://ift.tt/2b4dW7f

from KeZooM http://ift.tt/2ajCOLm
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself