Halloween party ideas 2015

Suspek Penggal Kepala Nenek Ditahan | Suspek lelaki yang juga cucu kepada nenek berusia 76 tahun yang maut dipenggal kepalanya di FELDA Pengeli Timur dekat Kulai, petang semalam ditahan reman tujuh hari hingga Selasa ini.

Suspek Penggal Kepala Nenek Ditahan

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Hairul Azhar Mohamad bagi membolehkan siasatan dibuat terhadap suspek yang berusia 19 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga itu tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi menaiki trak polis.

Malam tadi, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 8.30 malam dalam ladang sawit berhampiran lokasi kejadian, selepas dia melarikan diri sejurus kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, suspek disyaki memenggal kepala neneknya dikenali sebagai Maimon Abdul Samad, sebelum warga emas itu ditemui dalam keadaan mengerikan.

Kepala mangsa ditemui di hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuhnya berada di ruang dapur di bawah singki.

Kedua-dua kaki mangsa dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus dan kedua-dua tangan dipotong, namun hanya sebelah kirinya masih berada di sisi tubuhnya.

Suspek yang tidak bekerja itu dipercayai mengalami gangguan mental serta tidak makan ubat sejak beberapa bulan yang lalu.

Hasil siasatan awal mempercayai senjata yang digunakan suspek adalah sebilah pisau berukuran kira-kira 15 hingga 18 sentimeter dan ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah.

sumber
http://ift.tt/2bedxDi


from KeZooM http://ift.tt/2belVTv
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.