Pelakon Drama & Rakan Ditahan Tanam Ganja Dalam Rumah : Seorang pelakon drama lelaki berusia 28 tahun bersama dua rakannya ditahan selepas disyaki menanam dan memiliki ganja serta senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Ampang di sini, semalam.
Menurut sumber, serbuan pada 12.40 tengah hari itu dilakukan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Pelakon berkenaan sering memegang watak pelakon pembantu dalam drama tempatan.
Sumber berkata, dalam serbuan itu, polis menemui beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca disyaki ganja serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja.
“Pemeriksaan lanjut menemui biji benih pokok ganja, tujuh pedang samurai, 21 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
Menurutnya, nilai barangan yang dirampas d rumah berkenaan dianggar RM25,000.
Katanya, semua suspek berusia antara 28 hingga 36 tahun itu dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.
“Mereka akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357), katanya.
via
http://ift.tt/2cXGHI3

from KeZooM http://ift.tt/2d28sNs
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself