Pertubuhan Ayahanda (PERMAS) Sepakat Bantu Nasrul,ok!: Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) melalui Biro Pengaduan Awam dan Bantuan Guaman Permas Malaysia (Bantu) menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada pemandu lori Nasrul Faiz Zulfahmi, 25 yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki di kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa pada 14 Januari lalu.
Presiden Permas, Datuk Abdul Halim Ali berkata, bantuan itu diberikan atas dasar kemanusiaan kepada Nasrul Faiz berikutan pemuda tersebut tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
“Walaupun pada mulanya kes tersebut telah diselesaikan oleh kedua belah pihak tanpa sebarang tindakan kepada mana-mana pihak, namun setelah ia tular di media sosial, kami merasakan bantuan guaman perlu diberikan kepada pemuda tersebut untuk beri kesedaran kepada masyarakat agar mereka tidak perlu takut untuk tampil buat laporan.
“Namun sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak bijak untuk menangani kes ini dan setakat ini difahamkan beberapa suspek dalam kejadian tersebut telah pun ditahan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang menyokong tindakan pihak berkuasa yang mengambil tindakan ke atas penyerang pemandu lori di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Strategi dan Hal Ehwal Antarabangsa Permas Malaysia, Datuk Mohd. Farid Hasan berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Nasrul Faiz dalam tempoh terdekat berhubung bantuan tersebut.
“Kami juga akan berjumpa dengan pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai siasatan yang telah dilakukan agar tindakan selanjutnya dapat dijalankan.
“Permas juga akan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani isu berkaitan gangsterisma dan gejala samseng di negara ini,” ujarnya.
sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/permas-tawar-bantuan-guaman-kepada-nasrul-1.435330

from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/01/pertubuhan-ayahanda-permas-sepakat.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself