Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Lebih ramai wakil rakyat PAS akan menyertai Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kata Ketua Pembangkang Kedah Amiruddin Hamzah, seperti dilapor oleh Sinar Harian.
Amiruddin berkata, biarlah individu-individu itu yang mengumumkan sendiri kelak. Dalam masa sama beliau menjawab kritik terhadapnya berhubung isu baiah (perjanjian setia) dengan PAS itu dengan berkata bahawa ia tidak perlu diberi perhatian memandangkan PAS Kedah tidak ada baiah talak isteri seperti PAS Kelantan.
Amiruddin yang juga Adun Anak Bukit bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu kerana ia melibatkan urusan dalam parti.
“Mengikut pemahaman saya baiah yang ada hanya adalam aspek amanah menjalankan tanggungjawab kepada parti,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian.
Tambah beliau lagi, rata-rata akar umbi di kawasan yang diwakilinya faham akan keputusannya, meski ada juga yang membantah.
“Ada juga yang tak suka, ahli tegar PAS ada yang protes ketika turun padang hari ini (semalam) ramai sokong saya.
“Saya juga akan perjelaskan kepada akar umbi supaya faham perjuangan saya yang mahu jatuhkan kerajaan BN,” katanya.
Sebelum ini Amiruddin menyertai Bersatu selepas diberitahu bahawa "mustahil" bagi PAS bekerjasama dengan PH lagi.
Amiruddin yang telah meletak jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Kedah tahun lepas, mengumumkan keputusannya itu dalam sidang media di Alor Setar, petang Ahad lalu.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Dr Mahfodz Mohamed mengingatkan Amiruddin tentang kemurkaan Allah SWT kerana tindakkannya melanggar baiah parti.
Mahfodz berkata, Amiruddin tetap terikat dengan baiah parti kerana merupakan Adun PAS sebelum ini.
“Tapi dalam negara demokrasi ini dia berhak memilih tetapi saya ingatkan sekali lagi mengenai kemurkaan Allah," katanya.
Tambah Mahfodz, beliau tidak terkejut dengan keputusan Amiruddin itu, tetapi tidak menyangka wakil rakyat tersebut memilih Bersatu sebagai wadah perjuangannya. “
Sebelum ini pun kami (PAS) telah lihat tindak tanduknya yang cenderung kepada Amanah dengan sering menghadiri program mereka.
“Biasanya ahli PAS yang tinggalkan parti akan sertai Amanah, tetapi dia sertai Bersatu. Tapi biarlah dia dengan keputusan yang dia buat,” katanya lapor Themalaysianinsight
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/11/pas-kedah-tidak-ada-baiah-talak-isteri.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself