Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Di sebalik BN sedang berusaha melakukan apa sahaja untuk merampas Selangor, penganalisis meramalkan mereka tidak akan berjaya mengketepikan gabungan pembangkang.
Selangor, kata beberapa penganalisis politik kepada Channel NewsAsia, mempunyai kumpulan besar masyarakat berpendidikan tinggi yang sensitif terhadap isu-isu yang mempengaruhi negara berbanding negeri lain.
Perkara yang membimbangkan kebanyakan pengundi di Selangor ialah kenaikan kos sara hidup dan upah yang tidak stabil.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pengundi percaya bahawa kerajaan negeri Selangor hari ini telah mentadbir negeri itu dengan baik.
Oleh itu, sukar untuk bn memenangi semula Selangor, kata Asrul Hadi Abdullah Sani, seorang penganalisis dengan firma perundingan risiko BowerGroupAsia.
"Walaupun Perdana Menteri Najib (Razak) membentangkan belanjawan dengan sasaran kepada kelas menengah di bandar, peningkatan kos sara hidup dan gaji yang tidak berubah masih menjadi kebimbangan utama bagi pengundi Selangor.
"Penduduk di bandar dan separa bandar di Selangor juga memihak kepada Pakatan Harapan. Penunjuk ekonomi mungkin positif tetapi realiti di akar umbi adalah berbeza secara drastik," kata Asrul.
Channel NewsAsia juga memetik ahli parlimen PKR, Rafizi Ramli yang berkata, soal kos sara hidup, GST dan harga bahan api mingguan adalah isu yang sangat memberi kesan.
"Rakyat merasakan kesulitan itu kerana gaji tidak naik setimpal dengan kenaikan kos sara hidup," kata Rafizi.
Merujuk kaji selidik yang dijalankan oleh PKR berdasarkan wajaran barangan sama yang digunakan oleh kerajaan, Rafizi berkata, inflasi berlegar sekitar lima peratus setahun.
Sementara itu, firma penyelidikan pendapat Merdeka Center berkata gabungan parti pembangkang di peringkat persekutuan itu berpeluang mengekalkan Selangor kerana berjaya mentadbir negeri itu dengan agak munasabah.
"Saya fikir mereka berpotensi untuk kekal di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang walaupun terdapat pertandingan pelbagai penjuru dan perubahan sempadan pilihan raya," kata pengarah eksekutif Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.
Ini, katanya disebabkan oleh komposisi pelbagai kaum di Selangor dan penembusan media alternatif yang lebih tinggi.
"Di samping itu, kehadiran pembangkang agak kuat, mereka telah mentadbir negeri ini dengan agak baik sepanjang dekad lalu dan menunjukkan kecekapan dalam menguruskan keadaan kompleks."
Walaupun pembangkang dilanda pelbagai masalah dalaman, namun BN sukar merampas Selangor.
"Pakatan Harapan mungkin tidak begitu kuat sebelum ini. Tetapi, begitu juga BN, " kata Datuk A Kadir Jasin, seorang ahli majlis kepimpinan tertinggi BERSATU.
Sementara itu, DAP secara berhati-hati agak optimistik yang Selangor tetap milik mereka memandangkan kepemimpinan Umno yang lemah di negeri itu.
"Tidak ada seorang pun dari Umno yang boleh menandingi kewibawaan Menteri Besar Selangor Azmin Ali," kata ahli jawatankuasa eksekutif DAP, Liew Chin Tong.
"Umno di Selangor telah berpecah sejak sekian lama ... mereka tidak dapat sokongan 100 peratus orang Melayu." lapor Malaysiakini
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/11/penganalis-ramal-bn-gagal-rampas.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself