Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Perbicaran pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa yang terhadap Najib Razak berhubung skandal 1MDB akan diadakan dari 19 Ogos hingga 14 Nov, susulan penolakan permohonan kerajaan untuk penangguhan memandangkan kes SRC International sedang berlangsung yang mana bekas perdana menteri berdepan 7 pertuduhan jenayah.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah berkata beliau menolak permohonan Peguam Negara Tommy Thomas kerana ia adalah permintaan ke-3 untuk menangguhkan kes 1MDB.

“Permohonan itu ditolak dan perbicaraan 1MDB akan diteruskan seperti yang dijadualkan,” katanya.

Kes SRC International dijadualkan berlangsung sehingga 15 Ogos. Pihak pendakwaan memanggil 42 saksi setakat ini.

Dalam prosiding terakhir di depan Sequerah pada 21 Jun, Thomas berkata pihak pendakwaan mempunyai 20 lagi saksi untuk dipanggil sebelum ia boleh menutup kesnya.

“Perbicaraan SRC berjalan lebih perlahan daripada jangkaan kita,” katanya, dengan menambah perbicaraan kes 1MDB patut ditangguhkan ke 1 Oktober.

Najib berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan salah guna kuasa September lepas berkait dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBank milik beliau.

Beliau didakwa menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan rasuah sebanyak RM2.28 bilion pada Februari 2011 dan Disember 2014.

Beliau juga dikatakan memindahkan dana haram sebanyak RM2.28 bilion itu ke akuan bank beliau dan kemudiannya menggunakan wang tersebut.

Dalam kes SRC International, beliau dituduh menyalahgunakan kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah lapor FMT

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/1mdb-perbicaraan-najib-bermula-19-ogos.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.