Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tersinggung dengan cara penulisan laporan media yang terlalu memberikan keutamana kepada proses peralihan kuasa antara beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Anwar berkata tumpuan kini seharusnya diberikan kepada usaha melaksanakan janji yang dibuat serta agenda perjuangan dalam Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat, dan menurutnya beliau sendiri tidak pernah mengingati mempunyai percanggahan atau pertembungan dengan Dr. Mahathir berhubung soal peralihan kuasa seperti yang ditafsir oleh pihak luar.

“Saya kadang-kadang rasa tersinggung juga kerana dalam penulisan itu, soal penting adalah Mahathir untuk Anwar… soal peralihan kuasa dari Dr. Mahathir kepada saya ini menjadi masalah kepada banyak orang tetapi ia tidak jadi masalah kepada saya.

“Bagi saya apa yang penting adalah Pakatan Harapan itu tetap kepada landasannya menjaga demokrasi, menjaga kepentingan rakyat, banteras rasuah, dan elak daripada penyalahgunaan kuasa,” kata Anggota Parlimen Port Dickson itu dalam ucapan perasmian Wisma Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang di Bayan Baru pada Ahad.

Sementara itu, Anwar turut menafikan terdapat sebarang pepecahan di dalam Pakatan Harapan seperti mana yang ditafsir dalam laporan media setiap hari.

Katanya, beliau musykil dimana adanya perbedaan besar di dalam PKR kerana penjumpaannya dengan barisan pemimpin di beberapa negeri tidak mempunyai masalah sedemikian lapor MalaysiaDateline

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/anwar-akui-tersinggung-dengan-laporan.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.