Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Gandingan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai kombinasi terbaik sekiranya kedua-dua pemimpin itu mengambil alih jawatan perdana menteri dan juga timbalan perdana menteri kelak.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa berkata, beliau melihat sekiranya kedua-dua pemimpin ini digandingkan, ia akan dapat mengamankan peralihan kuasa jawatan penting negara yang akan berlaku nanti.

Beliau berkata, dalam isu peralihan kuasa, perkara yang pertama adalah isu kestabilan negara di mana kepimpinan yang teratur dan pemimpin yang menggantikan mesti berpengalaman.

"Dalam konteks PH, ada dua pemimpin paling senior iaitu Anwar dan Muhyiddin.

"Setakat ini, tiada orang yang bincang dan saya memberanikan diri membincangkan untuk Anwar mengambil pemimpin Melayu daripada parti bukan PKR sebagai gandingannya menjadi timbalan perdana menteri iaitu Muhyiddin," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian Selasa lalu.

Beliau berkata, ia juga sebagai timbal balas kesudian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pemimpin bukan daripada Bersatu untuk menjadi Timbalan Perdana Menterinya iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, dari segi senioriti jawatan, Muhyiddin sangat layak malah beliau turut berpengalaman sebagai bekas timbalan perdana menteri sebelum ini.

Dalam pada itu, Husam berkata, sinergi antara keluarga Anwar dan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mesti dijaga.

"Jangan beri dua keluarga ini berperang semula, ia satu kerugian kepada kestabilan negara sebab dua keluarga ini mempunyai pemimpin pelapis iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Nurul Izzah Anwar. Kalau mereka bertembung semula, saya kira tiada keuntungan kepada negara.

"Alangkah indah jika peralihan berjalan seperti disebutkan dan dengan sendiri semua masalah lain akan selesai," katanya.

Laporan penuh sila baca di SINI

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/anwar-muhyiddin-kombinasi-terbaik.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.