Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Perkembangan politik semasa menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak yakin Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang layak menjadi perdana menteri dalam waktu yang terdekat.
<!--more->Jelas pemerhati politik Dr Salawati Mat Basir, selaku Timbalan Presiden parti itu Azmin cukup mengenali Anwar dan mengetahui sikapnya.
Perkara ini menjadikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kini lebih berpihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Azmin lebih melihat Tun M lebih daripada Anwar sebagai Perdana Menteri. Azmin tidak berpihak kepada Anwar untuk jadi Perdana Menteri walaupun mereka suatu masa dulu sangat rapat,” katanya.
Bukan sahaja Azmin, malah pemimpin-pemimpin dalam parti itu juga menurut Salawati sudah tentu mengenali Anwar, dan ia terbukti apabila PKR meskipun tidak dikatakan secara terbuka, terbahagi kepada dua kumpulan.
“Mereka tahu siapa Anwar. Kini mereka (PKR) berkumpulan yang berpecah,” tambahnya.
Selain itu ujar Salawati, tindak tanduk Anwar kini yang dilihat semakin tidak sabar untuk mendapatkan jawatan itu, membuktikannya belum bersedia kerana negara memerlukan perdana menteri yang lebih tenang menghadapi pelbagai isu membabitkan kepentingan negara.
Justeru tambah pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu lagi, demi hala tuju negara, jalan terbaik adalah memberikan ruang untuk Tun M mentadbir selama sepenggal.
“Bukan untuk motif politik tapi hala tuju negara, kita lebih bersetuju Tun M dibenarkan sepenggal ini kemudian ada pilihan raya kita pilih orang lain.
“Anwar beria-ia tindak tanduknya, caranya bercakap, apa yang dicakapkannya sekarang jelas tidak sabar-sabar untuk ke Sri Perdana. Anwar belum lagi layak jadi perdana menteri. Keghairannya berbahaya, pada saya orang seperti ini boleh ditipu oleh musuh.
“Perdana Menteri tidak boleh ghairah, tetapi sepatutnya tenang, meneliti isu serantau,” kata beliau lagi. - MalaysiaGazette
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/keghairahan-anwar-tidak-melayakkannya.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself