Warden yang memukul Ustaz Wan Ji ni mungkin berasa terlalu seronok memukulnya sebab Ustaz Wan Ji ni kecil saja orangnya..
Tapi dia terlupa.. Wan Ji memang kecil tetapi kenalan rapatnya ramai orang besar-besar sekarang ni..
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dakwaan pendakwah kontroversi, Wan Ji Wan Hussin di pukul ketika ditahan di Penjara Kajang.
“Saya percaya Wan Ji punya wibawa untuk tidak mengada-adakan fakta.
“Jadi wajar pihak yang berwajib (menyiasat dakwaan itu), dalam hal ini Penjara Kajang harus siasat dan saya percaya menteri dalam negeri akan ambil tindakan supaya siasatan itu dibuat,” katanya dalam sidang media di Parlimen.
Anwar berkata demikian mengulas dakwaan Wan Ji dipukul dalam tahanan.
Wan Ji pada Ahad mendakwa beliau dipukul oleh seorang warden penjara ketika ditahan di Penjara Kajang.
Menceritakan pengalamannya sehari selepas dibebaskan pada 12 Julai lalu, Wanji berkata warden berkenaan memintanya menanggalkan cermin mata sebelum menumbuknya sebanyak tiga kali selepas beliau memperkenalkan diri lapor Malaysiakini
Dapat habuan la yang memukul tu kali ni..
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/siasat-dakwaan-wan-ji-dipukul-dalam.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself