Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Peguam Negara Tommy Thomas akan mempertimbangkan untuk membuka semula kes pembunuhan wanita Mongolia yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak, susulan harapan yang disuarakan bapa mangsa supaya kerajaan baru dapat mencari keadilan untuk anaknya.

Dua bekas anggota dan pegawai polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK) disabitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

“Semua orang tahu bahawa tidak masuk akal mereka berdua sahaja melakukan perkara itu,” kata Thomas dalam temu bual pada Jumaat lalu. “Jadi kita tahu cerita itu tidak lengkap.”

Mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua lelaki itu bergelut dengan kekurangan motif pembunuhan, sedangkan kenyataan yang dibuat salah seorang tertuduh, Azilah Hadri dalam akuan berkanun (SD) baru-baru ini menunjukkan kemungkinan terdapat motif di sebalik pembunuhan tersebut, kata Thomas.

“Lebih banyak lagi pihak polis perlu siasat dan kami akan melihatnya,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan membuka semula kes itu.

Azilah sedang mendapatkan perbicaraan semula melalui SD yang dibuatnya dengan menuduh bekas Najib mengarahkannya untuk menangkap dan menghapuskan Altantuya tanpa kesan atas alasan wanita itu seorang pengintip asing yang memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Najib menafikan sebarang penglibatannya dalam kes itu. Pada Jumaat lalu, beliau mengangkat sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah memberi arahan seperti yang didakwa dan tidak pernah berjumpa dengan wanita tersebut.

Hukuman mati

Pendirian pihak pendakwaan itu akan memberikan kelegaan kepada Shaariibuu Setev, yang menghabiskan lebih 1 dekad mencari noktah atas kematian anaknya.

Dia berkempen supaya Malaysia meringankan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh melalui rundingan supaya Australia, yang menjadi tempat seorang lagi tertuduh iaitu Sirul Azhar Umar mendapatkan suaka daripada hukuman mati, bersetuju menghantar pulang lelaki berkenaan untuk memberitahu kisah sebenar di sebalik pembunuhan tersebut.

Shaariibuu berkata beliau tidak mahu hukuman mati dikenakan ke atas mereka. “Melenyapkan pegawai-pegawai ini adalah cara yang janggal untuk menghilangkan bukti,” katanya dalam temu ramah di Ulaanbaatar pada 3 Okt.

Altantuya adalah jurubahasa yang boleh berbahasa Rusia dan Cina, kerana dia membesar dan belajar di Rusia serta Mongolia, sebelum ke China untuk mempelajari bidang ekonomi, kata Shaariibuu.

Saksi-saksi dalam perbicaraan kes itu pada 2007 berkata Altantuya bekerja sebagai penterjemah dan terlibat dalam pembelian kapal selam kelas Scorpene kerajaan, yang kini menjadi subjek siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berkuasa Perancis.

Saman sivil

Altantuya mati di Malaysia selepas dibawa ke lokasi terpencil di dalam hutan oleh kedua-dua lelaki yang disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Laporan polis menunjukkan bahawa wanita itu ditembak dan kemudian diletupkan menggunakan bahan letupan C4, yang mana Shaariibuu percaya ia digunakan untuk menghapuskan bukti.

Bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, yang mengakui mempunyai hubungannya sulit dengan Altantuya, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu kerana kekurangan bukti.

Laporan penuh silalah baca di SINI



from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/12/altantuya-peguam-negara-pertimbang-buka.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.