Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Lewat petang semalam Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi hari ini (Isnin) dan akan meneruskan PKP.

Langkah ini jelas bertentangan dengan apa yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Kluster Ekonomi Kerajaan PN, Mohamed Azmin Ali.. meskipun majoriti dari Kerajaan Negeri yang enggan membuka semula ekonomi mereka itu adalah dari PN.

Timbul persoalan disini.. Adakah tiada sebarang mesyuarat diadakan antara Kerajaan Pusat dan Negeri berkenaan perlaksanaan PKPB?

Adakah tiada sebarang perbincangan dilakukan dalam hal yang sebegini penting sebelum keputusan diumumkan?

Kalau begitu..  apa yang dibangkitkan Pemimpin UMNO ini ada benarnya..

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin membidas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebagai tidak kemas dan tidak menyeluruh. 
Ini susulan langkah melonggarkan kawalan pergerakan itu tidak diikuti beberapa lagi negeri, walaupun diumumkan kerajaan pusat. 
“Adalah sangat penting untuk keputusan sepenting ini di bawa ke perbincangan dengan semua kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua. 
“Namun ia jelas tidak dilaksanakan.

“Kegagalan ini menunjukkan kelemahan ketara dalam kepimpinan, strategi dan penyelarasan yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi negara,” katanya. 
Walaupun tidak menyebut nama, Khaled dilihat secara khusus menuding jari kepada Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Mohamed Azmin Ali. 
“Satu masalah nyata ialah kegagalan menteri kanan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi berbincang, berunding dan mendapatkan konsensus dari semua kerajaan negeri sebelum keputusan tersebut diumumkan,” katanya. 
Mohamed Azmin Ali Beliau juga berkata hubungan kerajaan pusat dengan negeri-negeri dalam persekutuan telah menampakkan the new normal.

“Zaman di mana semua kebitaraan adalah pada kerajaan pusat telah berakhir,” katanya. 
Laporan Penuh silalah baca di SINI

Sepatutnya Kerajaan Pusat bermesyuarat dengan kesemua negeri sebelum membuat keputusan muktamad melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan membuka semula sektor ekonomi bukannya main umum ikut suka saja..

Perbezaan pendekatan ini tidak baik bagi sebuah negara persekutuan seperti Malaysia, dan sekaligus memperlihatkan kelemahan Azmin dalam memimpin dan menyelaras..

Dan.. tak ada semangat federalisme..



from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/05/azmin-gagal-sebagai-menteri-kanan.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Post a Comment

    Powered by Blogger.