Pecat saya pada hari jadi, terima kasih Anwar - Santhara - Berita Malaysia
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim (bawah), a good gentleman. Dia berikan surat penamatan tugas, pemecatan saya (daripada PKR) pada hari jadi saya pada 1 April.
“Itu hadiah hari jadi. Saya ingin ucapkan terima kasih padanya,” kata Santhara dalam wawancara bersama Malaysiakini dan KiniTV pada Khamis.
Beliau berkata demikian setelah ditanya sama ada beliau sudah menyertai Bersatu sebagai anggota bersekutu.
Semakan segera di laman web parlimen menunjukkan beliau sebagai wakil rakyat Bersatu.
Ahli perniagaan 49 tahun itu bertanding pertama kali dalam pilihan raya umum 2018 atas tiket PKR.
Pada 24 Februari Santhara menyertai bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali dan sembilan lagi anggota parlimen yang keluar parti.
Kumpulan itu, bersama Bersatu, PAS, BN dan GPS, menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 29 Mac.
Pada 11 Mac, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan Azmin dan pengikutnya menyertai Bersatu.
Santhara berkata enggan mengulas lanjut beberapa soalan politik buat masa ini, khususnya ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Buat masa ini saya tidak mahu cakap apa-apa berkaitan politik parti, saya hanya mahu berkhidmat untuk rakyat,” kata Santhara.
Santhara mempengerusikan Pusat Pengurusan Krisis (CMS) bagi menguruskan hal ehwal PKP di peringkat Wilayah Persekutuan. - Malaysiakini
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/pecat-saya-pada-hari-jadi-terima-kasih.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself