Long Tiger ditahan semula terlibat kes pemerasan - Berita Malaysia
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 31 tahun yang merupakan pemastautin sementara dari Myanmar itu ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di IPD Muar pada jam 5.45 petang.
"Long Tiger telah ditangkap semula bersabit satu lagi kes yang baharu dilaporkan di daerah Tangkak melibatkan elemen pemerasan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.
"Permohonan reman sudah dibuat mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan majistret telah membenarkan tahanan reman selama tiga hari sehingga 5 Mei," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Selasa lalu IPD Tangkak menahan Long Tiger dan ditahan reman selama lima hari atas kesalahan memfitnah seorang pegawai polis dari IPD Tangkak.
Siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan gengster dan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2009 selain kes culik dan kes rogol pada tahun 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesalahan. - Sinar Harian
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/long-tiger-ditahan-semula-terlibat-kes.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself