Halloween party ideas 2015

Seorang pegawai polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Kajang meninggal dunia pagi ini selepas dilanggar oleh sebuah trak pikap.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu, Safwan Muhammad Ismail sedang menjaga sekatan jalan berhampiran plaza tol Kajang Selatan di Lebuh Raya Lekas.

Katanya, pemandu Toyota Hilux, yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol itu, gagal mengemudi kenderaannya dan merempuh sekatan jalan raya.

Mangsa, berusia 31 tahun berasal dari Perak.

"Laporan polis telah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya dan pemandu Hilux masih belum membuat laporan polis.

"Kertas siasatan telah dibuka dan Siasatan kes dijalankan di bawah Sek. 41(1) APJ 1987," katanya pada suatu kenyataan hari ini.

Malaysiakini difahamkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazahnya dibawa ke Hospital Serdang, sementara suspek, yang berusia 40-an, juga sedang menerima rawatan di pusat perubatan sama. - Malaysiakini

from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/polis-maut-dilanggar-hilux-pemandu.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.