Halloween party ideas 2015

Datuk Seri direman 4 hari,ok!: ELAKI bergelar Datuk Seri berusia 29 tahun yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika mereka bertugas di sebuah tokong di Jalan Ampang, minggu lalu, direman empat hari bermula hari ini hingga 3 November.

Datuk Seri direman 4 hari

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tempoh reman itu untuksiasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Terdahulu, lelaki yang memakai kemeja-T putih itu tiba di Mahkamah Ampang pada jam 9.30 pagi sebelum diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi untuk prosiding reman.

 Prosiding itu mengambil masa lebih sejam sebelum lelaki itu dibawa keluar pada jam 12 tengah hari.

Semalam, lelaki berkenaan ditahan polis pada jam 4 petang selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga anggota RELA, Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing mengalami bengkak pada mata kiri selain sakit pada beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki berkenaan.

Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta Datuk Seri itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Berikutan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.

Sumber
Harian Metro


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/11/datuk-seri-direman-4-hari.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.