Halloween party ideas 2015

Hanez Suraya Akui Masih Sayangkan Romie | Status terkini dari Hanez Suraya bersama kekasihnya Romie akhirnya dilaporkan media merungkai teka teki tentang hubungan mereka yang semakin terpinggir selama ini.






"Saya dalam keadaan berbelah bahagi sekarang. Mungkin ada ramai yang mendoakan hubungan kami berakhir. Itu satu fakta yang ramai mahu ia jadi sebegitu. Percaya atau tidak, andai kami putus atau sebaliknya, kebarangkalian untuk saya dikecam akan terjadi. Saya reda dengan apa saja kemungkinan.



"Hingga saat ini, saya lebih selesa membiarkan kes mereka yang masih berjalan selesai. Jujur saya berharap kes mereka di mahkamah diselesaikan secara baik. Saya amat bersyukur dan gembira kalau mereka dapat berbaik semula dan bersatu kembali demi anak.



"Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah.






"Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk memutuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya. Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya," katanya.



Romie seperti tidak mahu melepaskannya.



"Dengan apa yang cuba dia lakukan, perasaan sayang itu kian bertambah. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya," kata pelakon berkulit gebu itu yang kini berjinak-jinak dalam dunia perniagaan itu.



Di sisi lain, Hanez mengakui kontroversi berkenaan memakan dirinya. Ia benar-benar memusnahkan kerjaya seninya yang mekar beberapa tahun lalu. Itupun selepas lebih sedekad mencuba nasib untuk membuktikan bakat seninya kepada khalayak.



"Memang hingga saat ini tawaran berlakon untuk saya tiada langsung. Saya reda dengan apa yang terjadi. Projek terakhir saya ialah menerusi teater Projek Kahwin yang dipentaskan di Istana Budaya beberapa bulan lalu."



sumber

http://ift.tt/1BmwXt2





from KeZooM http://ift.tt/1nZ0VcH

via Kezoom

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.