Halloween party ideas 2015

Ozlyn Gembira Andai Kandungannya Bayi Perempuan | "Setiap kali buat imbasan, jantina kandungan saya tidak boleh dikenal pasti. Tetapi kata doktor, ia berkemungkinan besar adalah perempuan.






"Dan bila doktor cakap macam itu, saya pun mengharapkan anak perempuan memandangkan sudah ada tiga anak lelaki.



"Tetapi itulah, doktor dah pesan, jangan terlalu mengharap, nanti kecewa pula. Apa-apapun moga doa saya termakbul, yang penting anak saya sihat dan sempurna,"



Dalam pada itu, Ozlyn berkata, sepanjang mengandung anak keempat itu, dia sering berasa malas untuk melakukan sebarang kerja dan ia membuatkan suaminya, pelawak, Johan memaksa dia melakukan pelbagai aktiviti riadah.



"Johan memang tidak suka saya malas-malas di rumah dan dia suruh saya bersenam untuk memudahkan saya ketika proses bersalin nanti.



"Apabila saya bagi alasan malu untuk bersenam di pusat kecergasan (Gym), dia kata; 'tidak apa, abang belikan barang-barang sukan, senang untuk you'.



"Jadi tiada alasan untuk saya mengelak untuk bersenam. Kalau nak ikutkan hati, saya malas nak buat semua benda termasuklah memasak. Cuma memikirkan anak-anak dan suami yang penat pulang dari sekolah dan kerja, membuatkan saya masak juga," ujarnyanya.



Tambah Ozlyn, dia turut mengambil beberapa tawaran lakonan untuk sentiasa bergerak aktif.



sumber

http://ift.tt/YqLkgm





from KeZooM http://ift.tt/1njd6Ym

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.