Halloween party ideas 2015

Sarimah Ibrahim Kini Sah Jadi Tunangan Orang | Sekalung tahniah diucapkan kepada Sarimah Ibrahim yang baru saja melangsungkan pertunangan dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, yang diadakan di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur, hari ini.






Sarimah yang ditemui selepas selesai majlis pertunangan itu nyata gembira dan bersyukur kerana majlis itu berlangsung dengan lancar.



Perkenalan selama sembilan bulan ketika sama-sama menghadiri majlis makan malam seorang kenalan membuka kepada perkenalan dua pasangan ini.



"Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah.






"Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti," katanya.



Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin turut berangkat hadir ke majlis pertunangan itu.



Hadir sama, kedua-dua ibu bapa pasangan, Tunku Dara Naquiah Alharhum Tuanku Jaafar, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, Ibrahim Ahmad dan Elizabeth Ibrahim Hanlon.



sumber

http://ift.tt/102Mlws





from KeZooM http://ift.tt/102Mlww

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.