[4 Gambar] Polis Tahan 14 Individu, 2 Wanita Rekrut IS | Polis menahan 14 individu termasuk dua wanita kerana disyaki terbabit dalam aktiviti merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Cawangan Khas Bukit Aman bermula dari 13 Oktober hingga hari ini di sekitar Shah Alam dan Damansara, Selangor.
"Kesemua suspek adalah rakyat tempatan berumur antara 14 hingga 48 tahun terdiri daripada peniaga, tukang masak, pereka grafik, pelajar, suri rumah dan jurutera.
"Tiga daripada mereka adalah penggerak utama dalam merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat negara ini untuk sertai kumpulan pengganas di Syria," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Khalid berkata, suspek berusia 37 tahun adalah pengendali laman Facebook yang mempromosi, merekrut dan memuat turun propaganda miltan Negara Islam (IS) bagi pengaruhi rakyat Malaysia untuk berjihad di Syria.
"Beliau juga aktif merekrut pelajar wanita universiti tempatan untuk dihantar ke negara bergolak itu," katanya.
Manakala, lima daripada mereka adalah dari sebuah keluarga yang disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai IS.
"Penggeledahan di sebuah rumah suspek menemui buku jihad dan aktiviti militan," katanya.
Beliau berkata, seorang daripada suspek juga adalah pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Klang, Selangor.
"Kesemua mereka ditahan kerana melakukan kesalahan berkaitan keganasan mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya.
Setakat ini, 22 rakyat Malaysia termasuk tiga wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan manakala 24 individu lagi ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.
Sejak polis mengesan pembabitan rakyat Malaysia dalam perjuangan militan di negara Syria yang bergolak itu, lima orang terbunuh dan enam cedera.
sumber
http://www.bharian.com.my/node/11852

from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2014/10/4-gambar-polis-tahan-14-individu-2.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself