Halloween party ideas 2015

Eina Azman Kini Di Pulau Produksi? | Sejak bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos lalu, secara tidak langsung aktres cantik, Eina Azman turut mendapat tempias kepada gelaran tersebut.






Mendapat pangkat Datin Paduka pada usia 19 tahun, Eina mengakui tidak kisah dipanggil dengan gelaran terbabit atau sekadar namanya saja.



Bagaimanapun, sebaik memperoleh gelaran itu, Eina merasa terkilan kerana peluang untuknya kembali aktif berlakon bagaikan tertutup.



Ini kerana, kata Eina, ada sesetengah pihak produksi yang takut untuk mengambilnya berlakon lantaran gelaran yang dipegangnya itu.



"Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yang sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yang berubah," tegasnya ketika dihubungi Zass, semalam.



Eina yang kini popular menerusi drama bersiri Selamat Pengantin Madu memberitahu, dia kini akan lebih memilih watak demi menjaga hati suaminya.



Sementara itu, Eina yang baru saja pulang dari berbulan madu di Kepulauan Maldives, menjelaskan dia kini semakin bahagia dalam melayari rumah tangganya.



"Hidup saya bukan lagi seperti waktu bujang dahulu. Kini, celik saja mata sudah fikirkan untuk suami seperti menyediakan pakaian dan makanan untuknya selain perlu meminta izin untuk keluar dari rumah.



"Saya akui saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik. Saya juga sempat memasak untuknya, Ketam Masak Lemak Cili Api, dan dia sangat menyukainya," katanya sambil memberitahu yang dia kini berada di Kota Kinabalu kerana menemani suaminya menghadiri mesyuarat penting.



sumber

http://ift.tt/ZpWB1H





from KeZooM http://ift.tt/1nIGreQ

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.