Halloween party ideas 2015

Foto Terakhir Pendaki Sebelum Maut Ditimbus Letupan Gunung Berapi | Izumi Noguchi mengabadikan foto awan panas bercampur abu gunung berapi raksasa dari Gunung Ontake di Jepun, yang meletus pada Sabtu minggu lepas, 27 September 2014 ketika sesaat sebelum kepulan itu terhempas dan menamatkan hidupnya.






Gambar berkenaan menunjukkan saat-saat selepas Gunung Ontake meletus sehingga mengeluarkan kepulan gas dan abu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang disahkan telah terkorban, sementara 16 lagi masih belum ditemui. Sebahagian besar mangsa yang terkorban ditemui berhampiran puncak adalah pendaki gunung.






Salah seorang mangsa yang terkorban adalah Izumi Noguchi. Mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemui di berhampiran bangunan kuil di puncak Gunung Ontake.






Pasukan penyelamat SAR yang menemui mayatnya, turut menjumpai kamera di sisinya. Di antara foto-foto yang telah diambil mendiang adalah pemerhatian dari awan panas besar yang menghampiri kearahnya.






Isteri mangsa, Hiromi, memutuskan untuk menerbitkan foto-foto terakhir yang diambil mendiang suaminya sebagai bentuk penghormatan atas kenangan terakhirnya.






Sementara itu, doktor membuat andaian seluruh korban yang kehilangan nyawa akibat kecederaan parah disebabkan hujan batu yang meletus dari gunung.






Menurut mereka yang terselamat berkata, mereka lari lintang-pukang menyelamatkan diri dari 'hujan' batu dan serpihan yang menghujani mereka. Sementara hawa panas bercampur abu menerpa wajah mereka.






Manakala doktor yang merawat 70 mangsa yang terselamat mengatakan, sebahagian besar daripada mereka mengalami lebam, luka dan patah di bahagian punggung.






Sebahagian daripada mereka mengalami kerosakan paru-paru dan organ lain.











sumber

http://ift.tt/1r7IuEc





from KeZooM http://ift.tt/1sKfTuY

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.