Halloween party ideas 2015

7 Jan 2015


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi untuk meneliti semula perkara berkaitan pemecatan hampir 30 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB).



Azmin yang merupakan salah seorang "mangsa" pemecatan itu berkata, beliau tidak akan lepas tangan berhubung perkara itu.



Malah, katanya, beliau juga akan memastikan kakitangan anak syarikat PKNS yang terlibat mendapat keadilan.



"Saya salah seorang mangsanya. Jadi tak benar jika kata saya lepas tangan. Memang kita beri perhatian dan dah minta datuk setiausaha untuk meneliti perkara ini sama ada penamatan itu ikut undang-undang yang ada.



"Sekiranya tidak, keperluan untuk memberikan keadilan kepada pegawai yang terlibat harus diberikan," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.



Pada Februari tahun lalu, kakitangan kontrak PHSB itu dipecat dengan notis 24 jam.



Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam pemecatan itu dan menganggap pemberhentian itu kerana kontrak kakitangan itu tidak dilanjutkan.



PKNS dilapor berkata tindakan itu hanya satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus yang mengutamakan perkhidmatan cekap.


Malaysiakini





from indah.com http://ift.tt/14up2y1

Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.