Halloween party ideas 2015

Pelajar Vokasional Maut Di Pukul Senior, Salur Darah Leher Putus | Kejadian buli di asrama memang kerap berlaku. Paling sedih bila buli itu mengakibatkan kehilangan nyawa. Terbaru seorang pelajar vokasional di Bachok meninggal dunia gara-gara dibelasah seorang seniornya.

Pelajar Vokasional Maut Di Pukul Senior, Salur Darah Leher Putus

Menurut laporan MyMetro, pelajar berusia 16 tahun itu maut selepas ditendang pelajar senior di bahagian leher, kira-kira 1.30 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sebelum kejadian suspek yang berusia 17 tahun masuk ke dalam bilik asrama mangsa pada 11.50 malam.

"Ketika itu mangsa bersama empat rakan lain sedang tidur sebelum dikejutkan suspek yang marah kerana mendakwa mangsa tidak menghormati pelajar senior.

"Suspek menendang di bahagian leher kanan mangsa sebanyak dua kali hingga menyebabkan saluran darah ke bahagian kepala putus," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, suspek sudah ditahan pada 12.30 tengah hari tadi untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

#Kami mohon hukuman berat dan setimpal dengan kekejaman ini. Biar si pembunuh itu merasa seksa dunia sebelum merasa seksa di akhirat nanti....Juga sebagai peringatan kepada pelajar lain yang cuba berlagak samseng!!!!

sumber
http://ift.tt/1IyJYUm


from KeZooM http://ift.tt/1KEXNzy
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.