Halloween party ideas 2015

Yuna Belum Bertaraf Artis Antarabangsa - David Foster | David Foster, 65, penerbit album dan komposer terkenal didunia berpendapat penyanyi popular tanah air Yuna belum bersedia bergelar penyanyi bertaraf antarabangsa.

Yuna Belum Bertaraf Artis Antarabangsa - David Foste

Foster berkata, penyanyi dan pencipta lagu berusia 29 tahun itu perlu mempertingkatkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian.

"Kami pernah bekerjasama secara rapat dan saya akui dia penyanyi muda yang berpotensi besar di Asia. Namun usaha Yuna masih tidak mencukupi untuk menjadikannya artis bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena konsert jelajah Asia Hitman David Foster and Friends.

Menurutnya, Yuna berjaya mencuri perhatiannya ketika penyanyi itu bekerjasama dengan penyanyi Pharrell Williams menerusi lagu Live Your Life pada Januari 2012.

"Dia penyanyi yang unik dan juga pemuzik serta pencipta lagu berbakat. Saya percaya apabila dia mempertingkatkan bakatnya nanti, dia bukan saja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga Asia di persada dunia," katanya.

Pada 2013, Yuna melancarkan album mini berjudul Sixth Street yang diterbitkan di bawah Verve Music Group di mana Foster adalah pengerusinya.

sumber
http://ift.tt/14frsQn
50173#sthash.pymllgMq.dpuf


from KeZooM http://ift.tt/1HdPOMd
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.