Halloween party ideas 2015

4 Juta Jutawan Di China | Satu kajian bebas yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan negara China mempunyai empat juta isi rumah yang memegang status jutawan pada tahun 2014 sekaligus mengekalkan statusnya sebagai negara kedua yang mempunyai bilangan jutawan terbanyak selepas Amerika Syarikat.

4 Juta Jutawan Di China

Menurut laporan DailyMail, China menambah lagi sejuta daripada tiga juta jutawan yang direkodkan pada tahun 2013 selepas pasaran saham melambung tinggi dan meningkatkan kekayaan peribadi.

Amerika Syarikat menduduki tempat pertama dengan merekodkan bilangan isi rumah jutawan sebanyak  iaitu 7 juta manakala Jepun menduduki tempat ketiga dengan 1 juta jutawan.

Peningkatan secara tiba-tiba 38 peratus dalam kekayaan swasta terutamanya, disebabkan oleh pelaburan China dalam ekuiti tempatan.

Trend ini dijangka akan menjadikan Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) menjadi rantau yang paling kaya di dunia, mendahului Amerika Utara.

"Prestasi kukuh pasaran di seluruh rantau Asia Pasifik tidak termasuk Jepun disebabkan permintaan dalam negeri yang kukuh dan peningkatan ketara nilai aset sedia ada berbanding dengan kenaikan yang berpunca daripada kekayaan yang baru diwujudkan," menurut laporan itu.

Walau bagaimanapun, rangsangan harta secara tiba-tiba menjadi kebimbangan yang lebih besar kepada jurang pendapatan penduduk China.

sumber
http://ift.tt/1eu9FuH


from KeZooM http://ift.tt/1LnryWa
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.