Halloween party ideas 2015

Anggota Payung Terjun Nyaris Maut Payung Tak Berfungsi, Rakan Jadi Penyelamat | Seorang anggota payung Terjun Britain nyaris maut apabila berjaya dise­lamatkan oleh rakan sepasukan selepas payung terjunnya gagal berfungsi dalam kejadian Jumaat lalu.

Anggota Payung Terjun Nyaris Maut Payung Tak Berfungsi, Rakan Jadi Penyelamat

Suasana cemas ketika Pertunjukan Udara Whitehaven di barat laut England itu berlaku apabila tiba-tiba payung terjun Koperal Mike French tiba-tiba tidak terbuka dengan baik selepas membuat terjunan pada ketinggian 762 meter.

Rakannya, Koperal Wayne Shorthouse yang merupakan penerjun pertama segera menghampiri French dan menyambar payung terjun rakannya itu sebelum kedua-dua mereka mendarat di dalam tasik berdekatan.

Kedua-dua mereka dari pasukan Red Devils itu merupakan anggota elit Rejimen Payung Terjun Britain.

Insiden berkenaan disaksikan oleh kira-kira 2,500 pengunjung dan sebahagian mereka memuat naik rakaman gambar dan video kejadian ke laman sosial.

“Ia sangat mengerikan apabila melihat mereka bergelut dan menyimpang dari laluan pendaratan sehingga kelihatan mereka menyasarkan bahagian air untuk mendarat,” kata seorang pengunjung di dalam akaun Facebook rasmi pertunjukkan udara tersebut.

“Saya berhutang dengan Shorthouse, mungkin saya boleh berikan dia sebotol air minuman,” kata French yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selepas insiden itu, pasukan Red Devils dijadualkan mempunyai satu lagi pertunjukan semalam. Mereka telah menyertai lebih daripada 60 pertunjukan awam dalam setahun. – Reuters

sumber
http://ift.tt/1e0s8Oo


from KeZooM http://ift.tt/1fuXDBs
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.