Halloween party ideas 2015

Erma Fatima Fail Cerai Terhadap Bade | Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini mengeluarkan notis amaran terhadap pengarah Bade Azmi berikutan gagal hadir tanpa alasan munasabah pada sebutan permohonan cerai yang difailkan isterinya, sutradara dan pelakon, Erma Fatima.

Erma Fatima Fail Cerai Terhadap Bade

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memerintahkan demikian terhadap Bade atau nama sebenarnya, Badaruddin Azmi, 49, selepas membenarkan permohonan Erma yang diwakili peguam syarie Jamal Lokman Mohd Sulaiman untuk mengeluarkan notis berkenaan kepada Bade selaku defendan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan kes.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, (plaintif) memfailkan permohonan cerai itu bulan lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sementara itu, Erma yang hadir ditemani anak dan saudaranya terus bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah sehingga pihak media yang membuat liputan kes itu tidak berjaya mendapatkan komennya.

sumber
http://ift.tt/1cMSPoS


from KeZooM http://ift.tt/1GuHkP1
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.