Halloween party ideas 2015

Ibu Tertekan Sterika Perut Anak Sendiri | Tertekan dengan masalah rumah tangga mengakibatkan seorang wanita bertindak di luar batasan apabila menekap seterika panas pada badan anak lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Dalat-Mukah, kelmarin.

Ibu Tertekan Sterika Perut Anak Sendiri

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun melecur kira-kira 30 peratus di perut dan menerima rawatan di Hospital Mukah.

Sumber berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek yang juga wanita warga Indonesia berusia 32 tahun bertelagah dengan suaminya berhubung masalah rumah tangga mereka.

Menurutnya, wanita itu gagal mengawal perasaan akibat tertekan dengan masalah dihadapi dan ia menjadi punca kanak-kanak itu menjadi mangsa tempat melepaskan geram.

“Kebetulan, ketika pasangan itu bergaduh, kanak-kanak berkenaan berada di ruang tamu menyaksikan pergaduhan kedua ibu bapanya.

“Kebetulan ketika bertikam lidah, wanita terbabit yang sedang menggosok pakaian dengan seterika kemudian menekap seterika panas itu di perut anaknya sebelum keluar meninggalkan rumah,” katanya.

Kata sumber lagi, kejadian disedari bapa kanak-kanak malang itu apabila terdengar jeritan mangsa yang menangis kesakitan.

“Dia segera membawa anaknya ke Hospital Mukah untuk mendapatkan rawatan. Kakitangan hospital yang merawat mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Mukah, di sini, untuk membuat laporan.

“Susulan laporan polis itu, wanita terbabit ditahan di rumahnya dua jam selepas kejadian. Suspek dibawa ke Balai Polis Daerah Mukah bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

sumber
http://ift.tt/1Ja9rFQ


from KeZooM http://ift.tt/1MUR7hO
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.