Halloween party ideas 2015

Kenyataan PEDAS TMJ Buat PM Najib Razak | Tunku Mahkota Johor mengeluarkan beberapa kenyataan pedas yang dilihat ditujukan kepada Perdana Menteri yang tidak muncul pada dialog Nothing2Hide di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Jumaat.

Kenyataan PEDAS TMJ Buat PM Najib Razak

Tunku Ismail Sultan Ibrahim  di halaman Facebook Johor Southern Tigers mempersoalkan: "Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? Tentu sekali dia tidak akan muncul.

"Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan dan kepercayaan terhadap anda," tulisnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya menghadiri dialog dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi Jumaat untuk menjelaskan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Acara tersebut telah dibatalkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut atas sebab-sebab keselamatan.

Posting itu bagaimanapun telah dipadam beberapa jam kemudian. Walau bagaimanapun, tanpa penjelasan, posting itu dimuatnaik sekali lagi, berserta gambar dan kenyataannya, kira-kira jam 7 malam.

Penganjur dialog itu,  SukaGuam, berkata Najib akan mengadakan acara yang sama pada tarikh yang akan diumumkan.

sumber
http://ift.tt/1cDEACO


from KeZooM http://ift.tt/1ARzDly
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.