Halloween party ideas 2015

Pakar Bius Maut, Kementerian Kesihatan Jawab Isu On Call | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memastikan petugasnya termasuk doktor dan jururawat mempunyai masa lapang secukupnya supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna, kata Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Pakar Bius Maut, Kementerian Kesihatan Jawab Isu On Call

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa mengkaji cara kerja kakitangannya bagi memastikan mereka mempunyai masa lapang terutama untuk berehat, namun menegaskan petugas itu perlu mengurus masa lapang diberikan dengan baik.
   
"Ada banyak tuduhan di media sosial mengatakan sistem "on call' menyebabkan berlakunya kemalangan mengakibatkan kematian seorang petugas, tetapi on call bukan sesuatu yang baharu dalam sejarah perubatan.
   
"Saya tidak ketepikan pandangan diberikan cuma saya mahu semua orang pastikan kadang-kadang itu bukan satu sahaja jadi punca (kemalangan), boleh jadi sebab pelbagai," katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan pencalonan untuk bertanding sebagai Pengerusi Cawangan MIC Ujong Pasir di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas seorang pakar bius Dr Afifah Mohd Ghazi, 27, maut dalam kemalangan selepas kereta dipandunya melanggar pokok di Sungai Buluh ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Hospital Sungai Buluh.
   
Kemalangan itu kemudian menjadi viral di media sosial yang kebanyakan pengguna media itu mendakwa Dr Afifah memandu dalam kepenatan setelah bertugas 'on call' yang agak sibuk dengan pelbagai kes kecemasan.
   
Dr Subramaniam berkata, sistem "on call' itu mungkin dikaji semula sekiranya hospital di negara ini mempunyai petugas terutamanya doktor yang cukup bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat. - Bernama

sumber
http://ift.tt/1JXoG5v


from KeZooM http://ift.tt/1TsEiiZ
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.