Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Polis menangkap Wan Mohd Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog "Papa Gomo", di bawah Akta Hasutan lewat malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai penangkapan penulis blog itu.

Wan Mohd Azri ditangkap berkaitan penyebaran berita palsu berkaitan pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat di Bukit Bintang pada hujung minggu.

Sebelum ini, polis menangkap Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom , juga di bawah Akta Hasutan.

Lebih dikenali sebagai 'Ali Tinju', Mohd Ali ditahan kerana didakwa membuat ucapan bersentimen perkauman di luar plaza itu pada malam Ahad.

Polis setakat ini telah menahan lebih 20 orang berhubung kejadian tersebut ~ Malaysiakini




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1dZQgka

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.