Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Suspek yang ditangkap kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, pagi ini. ‎

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek berusia 22 tahun itu akan didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri, lapor sebuah portal.

"Suspek direman selama tiga hari sejak Sabtu lalu. Siasatan ke atas suspek sudah lengkap dan akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini).

"Selain suspek, 18 suspek yang terbabit dalam insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat masih ditahan reman," katanya kepada pemberita selepas hadir membuat pemantauan ke pusat beli belah itu, semalam.

Beliau berkata, buat masa ini polis sudah membuka empat kertas siasatan berhubung insiden rusuhan semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata.

Sabtu lalu, berlaku insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa‎ berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri‎ sebuah telefon bimbit.

Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada polis, lanjutan daripada itu, lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM70,000.

Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan itu. 

Sementara itu, pada malam hari sama, dianggarkan beratus-ratus orang berkumpul di hadapan plaza itusejak 8 malam, dipercayai rakan kepada lelaki yang ditahan polis itu sehingga ‎ berlakunya pergaduhan yang berlarutan ke awal pagi lapor SinarHarian




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1L4eFUh

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.