Halloween party ideas 2015

Suspek Utama Kes Curi Telefon Bimbit Di Dakwa Hari Ini | Suspek yang ditangkap kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, pagi ini. ‎

Suspek Utama Kes Curi Telefon Bimbit Di Dakwa Hari Ini

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek berusia 22 tahun itu akan didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri, lapor sebuah portal.

"Suspek direman selama tiga hari sejak Sabtu lalu. Siasatan ke atas suspek sudah lengkap dan akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini).

"Selain suspek, 18 suspek yang terbabit dalam insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat masih ditahan reman," katanya kepada pemberita selepas hadir membuat pemantauan ke pusat beli belah itu, semalam.

Beliau berkata, buat masa ini polis sudah membuka empat kertas siasatan berhubung insiden rusuhan semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata.

Sabtu lalu, berlaku insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa‎ berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri‎ sebuah telefon bimbit.  

Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada polis, lanjutan daripada itu, lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM70,000.  

Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan itu.  

Sementara itu, pada malam hari sama, dianggarkan beratus-ratus orang berkumpul di hadapan plaza itusejak 8 malam, dipercayai rakan kepada lelaki yang ditahan polis itu sehingga ‎ berlakunya pergaduhan yang berlarutan ke awal pagi.

sumber
http://ift.tt/1CD4LpH


from KeZooM http://ift.tt/1M7eSGg
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.