TIADA SEORANG PUN ANGGOTA SEARCH BERTANYA KHABAR | “Tidak, tidak ada seorang pun bertanya khabar!”
Pantas jawapan itu terpacul daripada mulut pemain dram kumpulan rock legenda Search, Yazit Ahmad, 52, apabila ditanya sama ada ahli kumpulan itu datang melawatnya yang kini menjalani rawatan buah pinggang di Wad Urologi & Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Malah katanya, sejak dimasukkan ke wad pada 20 Jun lalu, tidak ada seorang pun ahli kumpulan Search yang menelefon untuk bertanya khabar.
Ditanya, mungkin anggota kumpulannya akan berkunjung menjelang Syawal. Yazit menjelaskan dia tidak meletakkan sebarang harapan.
“Jauh panggang dari api mereka hendak melawat saya. Kalau selepas ini mereka datang melawat kerana wartawan sudah beritahu anggota Search tidak datang melawat, hendak buat apa?
“Kalau datang hendak ‘perang’ dengan saya mengenai perkara ini pun peranglah. Saya tidak boleh cakap apa. Buat apa saya hendak tipu mengenai perkara ini.
“Kesihatan saya sudah lemah sampai tahap 90 peratus dan berada di atas katil. Agaknya kalau dah 99 peratus pun mereka tak akan datang,” katanya dalam nada kecewa kepada Utusan Malaysia hari ini.
Yazit sebelum ini pernah mendapat rawatan kerana masalah jantung pada 2010 sebelum berdepan masalah buah pinggang yang gagal berfungsi.
Mengulas mengenai pemindahan buah pinggangnya, Yazit berkata, buat masa ini doktor memberitahu proses itu akan ditangguhkan dahulu.
“Doktor kata tidak ada gunanya saya gigih mencari penderma buah pinggang jika tahap kesihatan jantung saya tidak cukup layak untuk pembedahan.
“Sekarang, jantung saya berada di bawah tahap 50 peratus dan jika pembedahan diteruskan, risiko yang perlu ditanggung sangat tinggi,” jelasnya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 014271219686 milik Yazit.
sumber
http://ift.tt/1TsEizn

from KeZooM http://ift.tt/1JXphnA
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself