Halloween party ideas 2015

Yazid Search Rayu Derma Buah Pinggang | Pemain dram kumpulan rock legenda, Search, Yazid Ahmad sekali lagi merayu kepada orang ramai yang sudi untuk menderma buah pinggang kepadanya.

Yazid Search Rayu Derma Buah Pinggang

Meskipun setelah lebih enam tahun menunggu penderma yang bermurah hati, Yazid percaya akan ada insan yang sudi membantu dirinya dan sepanjang tempoh menunggu itu, dia tidak akan menyerah kalah.

“Saya sekali lagi merayu jika ada pihak yang sudi menderma. Saya benar-benar memerlukannya ketika ini.

“Kita tahu memang susah sikit mahu mencari penderma organ, tetapi saya tetap berharap. Sebagai pesakit buah pinggang memang apa yang saya lalui sejak enam tahun lalu bukan mudah, sebab itu kalau boleh saya mahu segera sembuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pemain dram yang kini berusia 53 tahun itu telah dimasukkan semula ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lalu.

Menurut Yazid, dia dimasukkan ke wad setelah doktor mendapati terdapat keracunan di bahagian jantungnya.

“Malah sepanjang bulan Ramadan ini saya tidak dapat menjalani ibadah puasa atas nasihat doktor. Mungkin juga saya akan berada di sini sehingga Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam nada sebak.


sumber
http://ift.tt/1dGDkPM


from KeZooM http://ift.tt/1giup98
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.