Halloween party ideas 2015

Kemalangan Antara Myvi & Pajero Berlaku Tengah Malam, Bukan Awal Pagi | Mahkamah Trafik di sini hari ini diberitahu kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang meragut nyawa tiga beranak, 2 Mei lepas, berlaku tengah malam dan bukannya awal pagi.

Kemalangan Antara Myvi & Pajero Berlaku Tengah Malam, Bukan Awal Pagi

Perubahan waktu itu berikutan tindakan pendakwaan yang meminda pertuduhan ke atas Siti Noor Aini Mohd Said, 36, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31.

Pertuduhan pindaan itu dibaca semula di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan sebelum perbicaraan kes itu bermula. Melalui pertuduhan pindaan itu, kedua-dua tertuduh didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa, enam bulan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KM6 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta, antara 12.31 tengah malam sehingga 12.35 tengah malam, 2 Mei lepas.

Sebelum ini mereka didakwa atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian semua mangsa di laluan yang sama pada 1.05 pagi, 2 Mei lepas. Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan mengekalkan pengakuan tidak bersalah mereka.

Sementara itu, seorang saksi perbicaraan memberitahu mahkamah, orang awam yang melihat kejadian itu turut membantu membawa Nur Firuza Annisa, bayi yang terlibat dalam kemalangan itu ke hospital.

Penyelia Pejabat Pertanyaan Team A Balai Polis Trafik Tun H.S Lee, Koperal Ahmad Fauzi Taha, berkata beliau menerima panggilan telefon dari seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal daripada Bilik Gerakan Balai Polis Trafik Tun H.S Lee yang memaklumkan perkara itu.

Pada 2 Mei, 1.05 pagi, saya menerima panggilan telefon daripada Lans Koperal Zulkifli memaklumkan berlaku kemalangan maut di 'highway' (lebuh raya) DUKE dan anggota polis 'standby', Lans Koperal Amir telah berada di tempat kemalangan. "Saya dimaklumkan kemalangan melibatkan dua buah kereta Myvi dan sebuah Pajero.

Pemandu Pajero maut di tempat kejadian, isterinya dibawa ke hospital dengan ambulans dan anaknya dibawa orang awam ke hospital," katanya pada perbicaraan kes kemalangan maut itu di sini.

Ahmad Fauzi adalah saksi pertama dipanggil dalam perbicaraan selama dua hari bermula hari ini. Beliau yang telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 29 tahun dan bertugas di bahagian trafik selama empat tahun bertanggungjawab menerima semua rekod kemalangan termasuk rekod am trafik.

Sementara itu, dalam perbicaraan sama, saksi ketiga, seorang jurugambar Balai Trafik Tun HS Lee, Koperal Mohd Harris Apandi memberitahu beliau telah mengambil 23 keping gambar di lokasi kemalangan. Beliau berkata, pada hari kejadian, beliau diarahkan untuk mengambil tiga keping gambar mayat mangsa di lokasi dan 20 keping gambar lokasi kejadian termasuk gambar kenderaan yang terlibat kemalangan dan kesan tayar pada jalan.

Pada perbicaraan itu, Siti Noor Aini diwakili peguam Omar Bakri Ahmad manakala Mohammad Fizal Reza diwakili peguam SN Seelan. Turut hadir pada perbicaraan itu ialah peguam pemerhati, C Leo Camoens yang mewakili keluarga mangsa. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim dan Nadiah Malek Fauzie.

sumber
http://ift.tt/1Jk2UpG


from KeZooM http://ift.tt/1hZqDTa
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.