Halloween party ideas 2015

Polis Nafi Pelajar Miliki Pistol | Isnin lalu, heboh dalam laman sosial berkaitan dua pelajar sekolah berusia 16 dan 17 tahun yang ditahan polis bersama sepucuk pistol dipercayai milik mereka.

Polis Nafi Pelajar Miliki Pistol

Dalam serbuan jam 1 petang itu, polis dari Balai Polis Rahang dikatakan menahan dua pelajar sekolah di asrama pelindungan di Gedong Lalang, Ampangan.

Penahanan dua pelajar itu berdasarkan hasil maklumat pengadu yang tidak  mahu mendedahkan namanya.

Polis dikatakan merampas sepucuk pistol berwarna silver dan hitam, Colt 380 Auto Mustang Pocketlite dengan kelopak peluru bersama beberapa butir peluru.

Kedua-dua pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Rahang dan kes disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960.

FAKTA:

Polis meminta orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan berhubung kejadian dua remaja yang dikatakan mencuri pistol di sebuah rumah perlindungan di Ampangan, Isnin lalu bagi tujuan melakukan jenayah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, berita yang sudah menjadi viral dalam laman sosial itu tidak tepat.

“Saya ingin perbetulkan fakta kejadian tersebut. Polis mendapati kejadian itu disebabkan kecuaian pengasas pusat perlindungan yang meninggalkan kereta tanpa mematikan enjin.

“Disebabkan itu, ia membuka peluang kepada remaja terbabit mencuri apabila ternampak sebuah beg bimbit yang diletakkan dalam kereta itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu hanya kes kecurian biasa kerana pada mulanya suspek mahu mencuri wang.

“Bagaimanapun, mereka tidak sangka terdapat pistol dalam kereta dan mengambilnya. Ia bukan bertujuan melakukan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, semalam.

Jaafar berkata, disebabkan kecuaian itu, polis siasat dan akan mendakwa pemilik senjata berusia 50-an itu di mahkamah.

“Remaja berkenaan bagaimanapun sudah diikat jamin,” katanya yang menjelaskan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960.

sumber
http://ift.tt/1DP7Qnt


from KeZooM http://ift.tt/1PoHLN1
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.